|
Apakah Kursus Secara Sambilan (KSS) yang ditawarkan di Politeknik Port Dickson?
|
|
Politeknik Port Dickson menawarkan kursus Secara Sambilan di peringkat Diploma sahaja.
|
| Berapakah tempoh pengajian bagi kursus Diploma Secara Sambilan |
|
Tempoh pengajian bagi Diploma Secara Sambilan adalah selama 4 tahun. Namun, tempoh pengajian adalah berbeza mengikut pelajar terutamanya pelajar carry module.
|
| Adakah Politeknik Port Dickson menawarkan kursus Secara Sambilan (KSS) untuk lepasan SPM? |
|
Ya, Politeknik Port Dickson menawarkan Kursus Secara Sambilan kepada lepasan SPM, STPM,Lulusan sijil Politeknik dan Sijil daripada institusi kemahiran lain.
|
| Adakah pelajar KSS layak mendapat pinjaman pengajian? |
|
Ya, pelajar peringkat Diploma secara sambilan layak memohon pinjaman dari badan-badan tertentu seperti PTPTN.
|
|
Bagaimana cara untuk memohon kemasukan Kursus Secara Sambilan di Politeknik Port Dickson?
|
|
Permohonan adalah secara online melalui sistem i-ULPL.
|
|
Bagaimana untuk menghubungi Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan, Politeknik Port Dickson?
|
|
ULPL Politeknik Port Dickson boleh dihubungi melalui :
|
|
Talian Telefon : 06-6622017
|
|
Talian Faksimili : 06-6622031
|